Wednesday, February 2, 2011

Weeding Helmi Dan Muliana

Tarikh 02.02.2011 menjadi pilihan untuk pasangan client kami Helmi & Muliana untuk Di Akad nikahkan di Jabatan Agama Islam Sarawak lebih kurang jam 10.00 pagi. Kami dari Zulkha Photography mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dan mendoakan semoga perkahwinan mereka akan kekal sepanjang hayat. Amin..

Kami juga turut mengucapkan terima kasih sebab memberi kepercayaan kepada kami untuk menjadi jurugambar rasmi sempena perkahwinan mereka. Kami akan cuba untuk buat yang terbaik agar setiap kenangan yang mereka lalui akan dirakamkan dan akan dijadikan cerita untuk masa akan datang walau hanya dari sekeping gambar.

Aku secara peribadinya menyukai pasangan ini kerana mereka cepat mesra dengan kamera kami. Bab berposing..tak yah citer la..pengantin perempuannya memang bijak "memposingkan" dirinya..hehe. Pengantin lelaki masih nampak malu-malu tetapi boleh jugak berposing sebenarnya..:)

Well..nak cerita sikit pasal kejadian hari tu masa nak ambik pic Mul dan Helmi...ada la seorang photographer ni.tetiba panggil aku dan tanyer la pasal aku dari mana..n dia pun introduce la diri dia yang dia dari kampung mak aku..owhh..kenal mak aku rupanya..apa yg bestnyer..baru je tak sampai 3 minit kenal terus dia tunjuk kat aku gambar landscape sunset yg dia ambil dari kamera D90 dia..aku tengok je lah...dia nak tunjuk gambar yg dia ambikkan kan. Pas tu dia kata la dia orang lama dalam dunia Photography ni..dalam ati aku..kira nak bagitau dia EXPERT lah nie. Sebagai seorang yang peramah dan menghormati orang tua..ehhehe..aku puji jer lah..iye lah..dia nak bagitau n bangga dia ambik pic cantik. Tapi aku tak lama cakap ngn die coz aku ada tugas yang perlu aku buat..ambik pic Mul dan Helmi..sb masa tu memang diaorang dah nak akad nikah.Dalam pada aku ambik pic tu..aku tak rasa pun aku perlu merendah diri atau malu-malu nak ambik pic. Wlaupun dia mungkin dalam golongan OTAI tpi itu tak bermakna aku perlu takut-takut nak ambik pic depan dia. Aku tak kisah dia mungkin dia pelik tengok cara aku ambik pic dgn berbagai angle ke..ape ker..yg penting bagi aku..itu kerja aku. Hasil kerja aku walau tak sehebat dia tapi orang lain mungkin boleh menilai sejauh mana gambar yang aku ambik. Sejujurnya..aku hanya baru menggunakan DLSR secara serius lebih kurrang 3 bulan! Sejak aku beli D90 dan mula ambik pic Latip Dan Pina bersama bos aku Zulkha dan Djack pada 26.12.2010. Sebelum ni aku cuma dipinjamkan bos aku Olympus E-420 dan beliau menyuruh aku memahami basic Dslr selama 3 bulan lebih. Dan dalam masa yang sama aku turut disuruh mempelajari Adobe Photoshop yang aku sejujurnya langsung tak tahu bagai mana menggunakan menatang itu..Hmm..jadi tu le serba ringkas pasal aku. Aku tak tahu menilai hasil aku sepenuhnya sebab pada pandagan mata orang lain berbeda.

Masih lagi pasal kejadian tue..semasa aku tengah ambik pic tue..orang tersebut ku lihat bercakap dengan Djack..aku mula tak tau le amender dia orang cakap sambil tunjuk2 kamera. Rupanya bila Djack citer kat aku yg orang tu tunjuk jugak gambar dier yang HEBAT sangat tu kat Djack..perghh..dan yang best nyer dia tegur Djack cara set kamera tu..ahahaha...memang HEBAT orang tu. Djack tak kenal siapa orang tu..bayangkan anda tetiba orang yang tak dikenali datang dan terus tunjuk hebatnya dier dan ajar kite...heheehe..aku cuma dapat satu perkataan untuk orang tu..SHOW OFF!. Bukan aku nak biadap tapi sebenarnya, jika sekalipun anda seorang yang pro atau Otai dalam photography..tak perlu la nak menunjuk macam tu. Orang akan respect kita walau kita hanya pegang kamera dan ambik gambar..kalau orang nk blaja pasti akan jumpa kita. Pro or non pro bukan 100% bersandarkan kepada kamera atau berapa lama kita dalam dunia photogrpahy. Kadang-kadang becomer pun boleh ambik pic yang berkualiti walau mungkin tak sengaja terambik. Orang cuma akan menilai pic kita best ka tak..jarang org tengok kamera jenis apa dan berapa lama kita pegang kamera ni. Kadang2 pro pun ambik berkali2 pic yang sama untuk kualiti yang terbaik. Bukan hanya sekali snap terus dapat cantik punyer...tul tak? Apa yang bestnyer..orang tu cakap kalau guna Olympus MAMPUS ko nak ambik gambar! What?? My Bos use Olmpus maa..bro Asfan Bujang also use Olympus..but y pic diaorang berkualiti?? Heheh..satu anggapan yang tak munasabah betul..kamera tak menentukan hasil gambar anda samaada best or not...


Penat jugak aku nak tulis pasal ni...bukan apa..aku cuma kecewa bila orang dah lama dalam photography tak le  pro bila jumper photographer lain...kiter kena jugak hormati orang lain jika kita nak orang menghormati kita..sekian..dibawah ni hasil pic yang aku ambik..arap pengantin Mul dan Helmi berpuas ati..


P/S : Click gambar untuk lebih jelas.










Tuesday, January 25, 2011

Weeding Prof Nik & Dr Diana

Pertama kali ambik pic weeding Indoor di Dewan Suarah ahad lepas. Memang kena uji dengan keadaan cahaya yg kurang power dari dalam dewan. Ditambah dgn kekurangn perlatan ngn kamera aku. Flash aku pun bukan yg power cam Sb900. Aku just guna Nissin Mark II 622. Tapi aku cukup suka ngn flash nissin nie...mudah dan semua kamera bleh pakai! Walau apa pun..aku tetap try yang terbaik untuk ambik gambar masa weeding tue..Nasib baik Bos kami Zulkha turut menampakkan diri beliau dan menjadi main photogrpaher ari tue. Syabas kepada beliau kerana walau penat berulang alik dari kapit..tpi  beliau tetap lincah masa ambik gambar tu. Perancangan beliau yang strategic dengan mengagihkan tugas kepada aku, Djack dan Masri menjadikan setiap sudut diewan tersebut tidak terlepas dari lensa kamera kami...

Pasangan pengantin..Prof Nik dan Dr Diana..walaupun nampak penat dan kelaparan pada hari tu..mereka tetap cool je dan tetap memberikan kerjasama yang baik. Riak muka Prof nik sikit pun tak mendung dan mengeluh kepenatan. Outdoor kami sebanyak 3 tempat tidak menjadi masalah bagi beliau dan isteri..hehee.senyum je Prof nie..tahniah atas perkahwinan beliau. Kami mendoakan semoga beliau tetap bahagia hingga akhir hayat..amin..







Wednesday, January 19, 2011

Weeding Mr Jun And Ros

Pada 09/01/2011 yang lepas...aku,  Djack dan Masri telah ditugaskan untuk mengambil gambar perkahwinan Mr Jun Dan Mrs Ros. Hanya kami bertiga sajer...Mr Zulkha..rehat kat umah...bukan kerana beliau sengaja tak pergi tapi kerana beliau baru saja selesai bersanding pada 08/01/11....penat beb! Sebab sehari suntuk kita orang buat outdoor..bukan sekali tapi dua kali outdoor dalam sehari! Mana tak beliau penat.....jadi kami hanya biarkan Mr Zulkha berehat dahulu untuk mengembalikan Zahir dan Batin beliau...hehehe..

Perjuangan kami tetap diteruskan walau tanpa Bos kami. Sedaya upaya kami cuba buat yang terbaik. Mr Djack dengan kepantasan beliau menyusun atur posing semasa bergambar tidak dapat dinafikan lagi. Masri yang terus cuba mengambil gambar candid  terpaksa bersesak kerana ramai orang mengerumuni pengantin.Apa yang bestnya hari tue..rupanya itu merupakan perkahwinan campur. Melayu dan Iban i think..sorry if im wrong. 1 Malaysia!!

Habis jer bergambar kat pelamin..kami ambil pulak gambar dalam bilik. Kesiannya pengantin terpaksa berpeluh dan panas sebab tak der kipas. Mungkin lupa kot nak letak kipas.Djack dan Masri walau peluh membasahi baju...namun mereka tetap bersabar dan pastinya cahaya flash yang dipegang mereka tetap teguh dan digengam erat! Syabas Inspektor sahab!!! Oleh kerana kami tak nak pengantin terus berpeluh dengan banyak.jadi kami cepatkan sesi bergambar dengan cepat. Namun tetap cuba mencari angle yang terbaik beb.

Kisah semasa outdoor pula...Mr Djack diberi kepercayaan untuk mengetuai sesi Outdoor. Memang agak panas ari tue..pengantin pun nampak kepenatan jugak..dipendekkan cerita..kami selesaikan sesi photoshoot hanya dalam masa kurang sejam..dan selesai..Alhamdulillah..trimaz Djack n Masri atas kerjasama yang mantap!

Jun & Ros

Sunday, January 16, 2011

Weeding Faizul Dan Akhma

Perkahwianan Cousin aku dari kecil hingga besar dan sampai sekarang...bos kepada Zulkha Photogrpahy telah selamat dilangsungkan pada 01.01.2011 di pasir pandak hanya dengan sekali lafaz!! Perghh..aku dua kali...coz masa tu aku takder note bertulis...ehehehehe..apa pun aku ucapkan tahniah kepada beliau dan berdoa semoga rumah tangga beliau sentiasa dirahmati Allah S.W.T..Amin..

  




































Weeding Pina & Latip

Perkahwinan yang pertama sekali aku ambil secara berbayar...ehehhe..dipasir pandak. Walau masih dalam peringkat belajar dalam Weeding photography namun ia tidak menghalang aku untuk membuat shoot yang terbaik!! Hasil daripada pembelajaran En Zulkha..aku cuba untuk mempratikkan apa yang diajar. Dan inilah hasilnya..walau mungkin tidak sehebat sifu dan otai dalam dunia photogrpahy..heehehe...