Tuesday, January 25, 2011

Weeding Prof Nik & Dr Diana

Pertama kali ambik pic weeding Indoor di Dewan Suarah ahad lepas. Memang kena uji dengan keadaan cahaya yg kurang power dari dalam dewan. Ditambah dgn kekurangn perlatan ngn kamera aku. Flash aku pun bukan yg power cam Sb900. Aku just guna Nissin Mark II 622. Tapi aku cukup suka ngn flash nissin nie...mudah dan semua kamera bleh pakai! Walau apa pun..aku tetap try yang terbaik untuk ambik gambar masa weeding tue..Nasib baik Bos kami Zulkha turut menampakkan diri beliau dan menjadi main photogrpaher ari tue. Syabas kepada beliau kerana walau penat berulang alik dari kapit..tpi  beliau tetap lincah masa ambik gambar tu. Perancangan beliau yang strategic dengan mengagihkan tugas kepada aku, Djack dan Masri menjadikan setiap sudut diewan tersebut tidak terlepas dari lensa kamera kami...

Pasangan pengantin..Prof Nik dan Dr Diana..walaupun nampak penat dan kelaparan pada hari tu..mereka tetap cool je dan tetap memberikan kerjasama yang baik. Riak muka Prof nik sikit pun tak mendung dan mengeluh kepenatan. Outdoor kami sebanyak 3 tempat tidak menjadi masalah bagi beliau dan isteri..hehee.senyum je Prof nie..tahniah atas perkahwinan beliau. Kami mendoakan semoga beliau tetap bahagia hingga akhir hayat..amin..







Wednesday, January 19, 2011

Weeding Mr Jun And Ros

Pada 09/01/2011 yang lepas...aku,  Djack dan Masri telah ditugaskan untuk mengambil gambar perkahwinan Mr Jun Dan Mrs Ros. Hanya kami bertiga sajer...Mr Zulkha..rehat kat umah...bukan kerana beliau sengaja tak pergi tapi kerana beliau baru saja selesai bersanding pada 08/01/11....penat beb! Sebab sehari suntuk kita orang buat outdoor..bukan sekali tapi dua kali outdoor dalam sehari! Mana tak beliau penat.....jadi kami hanya biarkan Mr Zulkha berehat dahulu untuk mengembalikan Zahir dan Batin beliau...hehehe..

Perjuangan kami tetap diteruskan walau tanpa Bos kami. Sedaya upaya kami cuba buat yang terbaik. Mr Djack dengan kepantasan beliau menyusun atur posing semasa bergambar tidak dapat dinafikan lagi. Masri yang terus cuba mengambil gambar candid  terpaksa bersesak kerana ramai orang mengerumuni pengantin.Apa yang bestnya hari tue..rupanya itu merupakan perkahwinan campur. Melayu dan Iban i think..sorry if im wrong. 1 Malaysia!!

Habis jer bergambar kat pelamin..kami ambil pulak gambar dalam bilik. Kesiannya pengantin terpaksa berpeluh dan panas sebab tak der kipas. Mungkin lupa kot nak letak kipas.Djack dan Masri walau peluh membasahi baju...namun mereka tetap bersabar dan pastinya cahaya flash yang dipegang mereka tetap teguh dan digengam erat! Syabas Inspektor sahab!!! Oleh kerana kami tak nak pengantin terus berpeluh dengan banyak.jadi kami cepatkan sesi bergambar dengan cepat. Namun tetap cuba mencari angle yang terbaik beb.

Kisah semasa outdoor pula...Mr Djack diberi kepercayaan untuk mengetuai sesi Outdoor. Memang agak panas ari tue..pengantin pun nampak kepenatan jugak..dipendekkan cerita..kami selesaikan sesi photoshoot hanya dalam masa kurang sejam..dan selesai..Alhamdulillah..trimaz Djack n Masri atas kerjasama yang mantap!

Jun & Ros

Sunday, January 16, 2011

Weeding Faizul Dan Akhma

Perkahwianan Cousin aku dari kecil hingga besar dan sampai sekarang...bos kepada Zulkha Photogrpahy telah selamat dilangsungkan pada 01.01.2011 di pasir pandak hanya dengan sekali lafaz!! Perghh..aku dua kali...coz masa tu aku takder note bertulis...ehehehehe..apa pun aku ucapkan tahniah kepada beliau dan berdoa semoga rumah tangga beliau sentiasa dirahmati Allah S.W.T..Amin..

  




































Weeding Pina & Latip

Perkahwinan yang pertama sekali aku ambil secara berbayar...ehehhe..dipasir pandak. Walau masih dalam peringkat belajar dalam Weeding photography namun ia tidak menghalang aku untuk membuat shoot yang terbaik!! Hasil daripada pembelajaran En Zulkha..aku cuba untuk mempratikkan apa yang diajar. Dan inilah hasilnya..walau mungkin tidak sehebat sifu dan otai dalam dunia photogrpahy..heehehe...




















Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan....


Apabila kita ingin mengimbau kembali kenangan kisah hidup kita...seringkali kita hanya cuba membayangkan saat-saat indah yang akan membuatkan kita sentiasa tersenyum atau bersedih. Bila kita bertemu dengan kawan-kawan kita yg dah lama kita kenal pasti kita akan teringat kembali apa yg pernah kita lakukan bersama...kacau awek?? Hahaha..biasa la tu..mesti macam-macam jenis aweks yg pernah di ngorat oleh jejaka mcm aku..walaupun umur ku cuma baru setahun jagung masa tu..ehehehe..( memang kena penampar berapi isteri aku pas ni )..Sssshhh...eheheee.

Okey.kembali ke atas maksud Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan..tajuk lagu dari Sheila On 7.. sebenarnya apa yg saya ingin kongsikan kepada anda semua adalah saat perkahwinan anda yang hanya berlaku sekali seumur hidup anda!! Ketika mana pihak lelaki diakad nikah oleh Tok Kadi..dan disaat jari manis si isteri disarungkan cincin..dan ketka dahi dikucupakn sang suami...semunya hanya berlaku beberapa minit saja!! Dan apabila perkahwinan kita menjangkau 20 Tahun kemudian..anak-anak kita akan bertanya pula masa kawen kita macam mana...bermacam -macam cerita la yang keluar. Si Isteri akan bertanya dengan Si Suami tentang perkara yang mungkin dia tak ingat dan begitu pula Si Suami.Andai  perkahwinan anda menjangkau 40 Tahun..mungkin anda sudah bercucu...cucu pula akan bertanya seperti hal anak kita bertanya sebelum ni...jawapan kita?? Alamatnya makin banyak la memori yang terpadam dalam ingatan kita sebab kita makin tua...

Jadi...apa yg kita nak buat jika ada perkara yang kita ingat-ingat lupa dan mungkin ada yang kita tak ingat??  Bagaimana nak refresh balik kenangan yang dah berpuluh tahun kita lalui?? Salah satu caranya adalah melalui ....GAMBAR........ya GAMBAR.....

Sekeping Gambar mampu untuk menceritakan segalanya yang terjadi diantara kita dan zaman lampau kita. Contohnya apabila kita melihat kembali gambar ibu dan ayah kita yg berkahwin pasti kita akan terseyum sendiri..kenapa??? Kerana kita sendiri cuba membayangkan diri kita jika kita ada disitu waktu itu...namun perkara itu telah berlalu dan tak akan mungkin dapat diulangi lagi...

Semestinya kita perlu mengabadikan kenangan kita walau hanya sekeping gambar kerana ianya akan menjadi SEBUAH KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN...


Perkahwinan Faizul Dan Akma 01.01.2011