Sunday, January 16, 2011

Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan....


Apabila kita ingin mengimbau kembali kenangan kisah hidup kita...seringkali kita hanya cuba membayangkan saat-saat indah yang akan membuatkan kita sentiasa tersenyum atau bersedih. Bila kita bertemu dengan kawan-kawan kita yg dah lama kita kenal pasti kita akan teringat kembali apa yg pernah kita lakukan bersama...kacau awek?? Hahaha..biasa la tu..mesti macam-macam jenis aweks yg pernah di ngorat oleh jejaka mcm aku..walaupun umur ku cuma baru setahun jagung masa tu..ehehehe..( memang kena penampar berapi isteri aku pas ni )..Sssshhh...eheheee.

Okey.kembali ke atas maksud Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan..tajuk lagu dari Sheila On 7.. sebenarnya apa yg saya ingin kongsikan kepada anda semua adalah saat perkahwinan anda yang hanya berlaku sekali seumur hidup anda!! Ketika mana pihak lelaki diakad nikah oleh Tok Kadi..dan disaat jari manis si isteri disarungkan cincin..dan ketka dahi dikucupakn sang suami...semunya hanya berlaku beberapa minit saja!! Dan apabila perkahwinan kita menjangkau 20 Tahun kemudian..anak-anak kita akan bertanya pula masa kawen kita macam mana...bermacam -macam cerita la yang keluar. Si Isteri akan bertanya dengan Si Suami tentang perkara yang mungkin dia tak ingat dan begitu pula Si Suami.Andai  perkahwinan anda menjangkau 40 Tahun..mungkin anda sudah bercucu...cucu pula akan bertanya seperti hal anak kita bertanya sebelum ni...jawapan kita?? Alamatnya makin banyak la memori yang terpadam dalam ingatan kita sebab kita makin tua...

Jadi...apa yg kita nak buat jika ada perkara yang kita ingat-ingat lupa dan mungkin ada yang kita tak ingat??  Bagaimana nak refresh balik kenangan yang dah berpuluh tahun kita lalui?? Salah satu caranya adalah melalui ....GAMBAR........ya GAMBAR.....

Sekeping Gambar mampu untuk menceritakan segalanya yang terjadi diantara kita dan zaman lampau kita. Contohnya apabila kita melihat kembali gambar ibu dan ayah kita yg berkahwin pasti kita akan terseyum sendiri..kenapa??? Kerana kita sendiri cuba membayangkan diri kita jika kita ada disitu waktu itu...namun perkara itu telah berlalu dan tak akan mungkin dapat diulangi lagi...

Semestinya kita perlu mengabadikan kenangan kita walau hanya sekeping gambar kerana ianya akan menjadi SEBUAH KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN...


Perkahwinan Faizul Dan Akma 01.01.2011





No comments:

Post a Comment