Wednesday, January 19, 2011

Weeding Mr Jun And Ros

Pada 09/01/2011 yang lepas...aku,  Djack dan Masri telah ditugaskan untuk mengambil gambar perkahwinan Mr Jun Dan Mrs Ros. Hanya kami bertiga sajer...Mr Zulkha..rehat kat umah...bukan kerana beliau sengaja tak pergi tapi kerana beliau baru saja selesai bersanding pada 08/01/11....penat beb! Sebab sehari suntuk kita orang buat outdoor..bukan sekali tapi dua kali outdoor dalam sehari! Mana tak beliau penat.....jadi kami hanya biarkan Mr Zulkha berehat dahulu untuk mengembalikan Zahir dan Batin beliau...hehehe..

Perjuangan kami tetap diteruskan walau tanpa Bos kami. Sedaya upaya kami cuba buat yang terbaik. Mr Djack dengan kepantasan beliau menyusun atur posing semasa bergambar tidak dapat dinafikan lagi. Masri yang terus cuba mengambil gambar candid  terpaksa bersesak kerana ramai orang mengerumuni pengantin.Apa yang bestnya hari tue..rupanya itu merupakan perkahwinan campur. Melayu dan Iban i think..sorry if im wrong. 1 Malaysia!!

Habis jer bergambar kat pelamin..kami ambil pulak gambar dalam bilik. Kesiannya pengantin terpaksa berpeluh dan panas sebab tak der kipas. Mungkin lupa kot nak letak kipas.Djack dan Masri walau peluh membasahi baju...namun mereka tetap bersabar dan pastinya cahaya flash yang dipegang mereka tetap teguh dan digengam erat! Syabas Inspektor sahab!!! Oleh kerana kami tak nak pengantin terus berpeluh dengan banyak.jadi kami cepatkan sesi bergambar dengan cepat. Namun tetap cuba mencari angle yang terbaik beb.

Kisah semasa outdoor pula...Mr Djack diberi kepercayaan untuk mengetuai sesi Outdoor. Memang agak panas ari tue..pengantin pun nampak kepenatan jugak..dipendekkan cerita..kami selesaikan sesi photoshoot hanya dalam masa kurang sejam..dan selesai..Alhamdulillah..trimaz Djack n Masri atas kerjasama yang mantap!

Jun & Ros

No comments:

Post a Comment